Buku ini merupakan kamus dwibahasa Melayu-Inggeris. Bahagian pertama menyenaraikan perkataan-perkataan Inggeris yang disusun mengikut abjad berserta dengan perkataan-perkataan yang sama dalam bahasa Melayu. Bahagian kedua pula menyenaraikan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu berserta dengan perkataan-perkataan yang sama dalam bahasa Inggeris. Ia bertujuan untuk memudahkan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.