Dalam khutbah ini, Ustaz Ahmad Sonhadji menjelaskan bahawa talak adalah satu komponen penting dalam perkahwinan. Ia bertujuan memelihara kemaslahatan perkahwinan terutama bagi pihak isteri agar tidak diceraikan dengan sesuka hati tanpa ada batasan seperti apa yang berlaku sebelum adanya hukum Islam ini. Talak tidak boleh dipermain-mainkan kerana ia bukan sahaja menjejas pasangan suami dan isteri, malahan memberikan kesan yang mendalam terhadap perkembangan anak-anak. Dengan adanya instrumen talak dan rujuk sebanyak dua kali ini merupakan suatu rahmat daripada Allah (swt). Ia memberi peluang kepada pasangan yang melakukan kesilapan untuk memperbaiki keadaan dan menyesali perbuatan mereka. Selain daripada itu, isteri juga mempunyai hak untuk menebus talak dengan mengembalikan pemberian suami atau dengan membayar pampasan sekiranya ia ingin berpisah kerana sebab yang munasabah. Beliau merujuk kepada surah al-Baqarah ayat yang ke-229., Reproduced with permission from M. Qusairy Thaha from his book, "Pemikiran sosio-agama Ahmad Sonhadji Mohamad melalui koleksi khutbah (1971-1980)", page 68., Full transliteration can be found in "Meninjau pemikiran Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad Milatu daripada khutbah-khutbah karangannya, Jilid 3", pages 95-97.